Wednesday, February 1, 2012

Senarai Zuriat Sultan-Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan

1. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Dzulkarnain Inayat Shah ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Kaharullah – Sultan Perak ke-15, memerintah 1754-1764) . - Melalui zuriat Raja Alang Radin ibn Sultan Muda Alauddin dan Raja Hitam bt. Sultan Muda Alauddin (bersama suaminya Syed Ben Yahya).


2. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Mahmud Shah II ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Muda – Sultan Perak ke-16, memerintah 1764-1733). - Melalui zuriat Raja Bendahara Mahmud ibn Raja Kechil Muda Ibrahim ibn Sultan Mahmud Shah II (Marhum Sayong).


3. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Sulong – Sultan Perak ke-17, memerintah 1733-1786). - Melalui zuriat Raja Kechil Sulong Idris ibn Raja Ismail ibn Raja Kechil Sulong Abdul Rahman ibn Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda.

4. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ahmaddin Shah ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Bongsu – Sultan Perak ke-18, memerintah 1786-1806). A) Melalui zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Jamalullah, Sultan Perak ke-19, memerintah 1806-1825) melalui anakanda baginda, Raja Che Puan Busu bt. Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang berkahwin dengan Raja Kechil Tengah Ahmad (Daik).

i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Jaafar Mua’zzam Shah ibn Raja Kechil Tengah Ahmad (Marhum Waliullah – Sultan Perak ke-23, memerintah 1850-1865).

ii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibn Sultan Jaafar Mu’azzam Shah (Marhum Habibullah – Sultan Perak ke-26, memerintah 1874-1876).

iii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah ibn Raja Muda Musa ibn Sultan Jaafar Mu’azzam Shah (Marhum Ni’matullah – Sultan Perak ke-31, memerintah 1938-1948).

iv) Zuriat Raja Bendahara Alang Iskandar ibn Raja Kechil Tengah Ahmad (Marhum Teja). v) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Adzam Shah ibn Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Rahmatullah – Sultan Perak ke-28, memerintah 1887-1916).

vi) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah ibn Sultan Idris I (Marhum Radhiallah – Sultan Perak ke-29, memerintah 1916-1918). vii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Shah ibn Sultan Idris I (Marhum Kaddasallah – Sultan Perak ke-30, memerintah 1918-1938).

B) Melalui zuriat Raja Inu ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Salleh al-Aman). i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah ibn Sultan Shahabuddin Riayat Shah ibn Raja Inu ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Najiullah – Sultan Perak ke-24, memerintah 1865-1871).

C) Melalui zuriat Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin (Marhum Kg. Mengkasar).

i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibn Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum A’tikullah @ Marhum Durian Sebatang – Sultan Perak ke-22, memerintah 1841-1850).

ii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah ibn Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibn Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Gharirullah – Sultan Perak ke-27, memerintah 1877-1887).

5. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah ibn Raja Sheikhul Amin (Siak) (Marhum Mangkat di Skudai – Sultan Perak ke-25, memerintah 1871-1874).



Disediakan oleh: Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin
Kulim, Kedah Darul Aman.

5 Comments:

At April 19, 2017 at 7:46 AM , Blogger Unknown said...

Assalamualaikum YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah, Saya ada beberapa pertanyaan mengenai seorang hamba Allah yg mengaku beliau merupakan putera kepada Sultan Idris Shah. Beliau, dengan membawa nama Azlan, mengaku beliau merupakan salah seorang kerabat perak atas alasan beliau mempunyai kad khas. Namun begitu, beliau tidak menunjukkan kad tersebut atas urusan sulit dan persendirian. Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa susur galur keturunan kesultanan perak bermula dr kesultanan melayu melaka. Beliau tinggal di area selangor.

Saya musykil untuk menerima 100% info tersebut kerana 2 sebab:
1. Saya berkerja dgn YM Raja Izal Shah bin YM Raja Iskandar Shah. Dan Boss sy tidak menghilangkan gelaran YM dr namanya dan dpt di kenali oleh org awam bahawa beliau adalah kerabat kesultanan perak.
2. Ada beberapa info yg sy ragui seperti dia memberitahu yg dia putera sultan idris shah, tapi dia tidak mengukuhkan dengan bukti2 nyata seperti ic atau kad khas atau rekod2 dan dokumen penting seperti salasilah dan geneology di dalam geni. Sedangkan boss sy mempunyai susur galur yg jelas didalam geni.

Minta pencerahan dr Tuan YM.

 
At May 31, 2017 at 12:22 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalammualaikum Tuan Amir Jamaludin.

Saya berpandangan tidak ada anak Almarhum Tuanku Sultan Idris II yang bernama Azlan seperti yang dinyatakan itu. Perlu diketahui bahawa pada zaman sekarang ramai sekali orang-orang tertentu yang cuba untuk menyamar bagi mendapatkan keuntungan peribadi...akhir sekali orang awam yang tertipu menjadi mangsa.

Tidak semestinya salasilah yang dicatatkan dalam Geni.com itu 100% benar. Hal ini kerana banyak sekali maklumat yang sahih dan yang tak sahih.

 
At August 23, 2020 at 7:58 PM , Blogger noorawa said...

Assalamualaiku Ym, mengikut buku (ahlul bait Dan kesultanan melayu) Olih Tun Suzanna,ayahanda kpd sultan Ismail muabidin riayat shah ialah. Sayyid Hitam as-syahab anak kpd Sayyid Ali Yang dipertuan besar Siak.

 
At January 24, 2021 at 8:39 PM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalammualaikum Noorawa.

Merujuk kepada pertanyaan Tuan itu saya berpandangan maklumat yang dinyatakan oleh Puan Tun Suzanna adalah tidak betul. Almarhum Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah itu keturunan langsung Paduka Almarhum Raja Kechil Siak @ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Hal ini dapat dibuktikan melalui catatan manuskrip MS Maxwell 24 (b) Salasilah Raja-raja Perak dan manuskrip MS Maxwell 24 (d) Hikayat Negeri Johor yang kini tersimpan di Perpustakaan SOAS, University of London, UK.

 
At February 1, 2021 at 6:49 PM , Blogger Unknown said...

Assalamualaikum YM, mohon bertanya adakah Sultan Jaafar Sultan Perak yg ke 23 dgn Sultan Jaafar Mad Azam Syah Sultan benua siam Islam adalah org yg sama? Saya sedang dalam pencarian mengkaji salasilah keluarga saya. Saya musykil berkaitan salasilah Long Jaafar. Kerana terdapat banyak versi didalam Internet. Jika di lihat dalam geni.com Long Jaafar adalah Sultan Jaafar tetapi mempunyai dua versi berbeza. Berkaitan Tengku Menteri ngah Ibrahim juga terdapat pelbagai versi. Jika didalam buku sejarah, Ngah Ibrahim ialah anak kepada Long Jaafar. Tetapi didalam versi lain mengadakan beliau adalah adik kepada Long Jaafar berbeza dgn Ngah Ibrahim yg terlibat didalam pembunuhan Jww birch. Besar hati saya jika YM sudi merungkai persoalan ini. Mungkin ianya dapat membantu jawapan yg saya cari selama ini.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home