Tuesday, February 3, 2009

Salasilah YM Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang - Bahagian 1

YM Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin bin Raja Dagang Mahmud, J.P.



Salasilah YM Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin bin Raja Dagang Mahmud
dalam SOAS MS 40334, University of London, UK.



SALASILAH YM TOH SERI INDERA JAYA RAJA SHAHBUDIN 
BIN RAJA DAGANG MAHMUD



Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Yang Dipertuan Raja Kechil Siak)
"Marhum Buantan"
(Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (12), 1718-1722)
(Sultan Siak Sri Indrapura (1), 1723-1740)
(K)
Tengku Kamariah binti Sultan Abdul Jalil IV (Marhum Mangkat di Kuala Pahang)
ibn Bendahara Seri Maharaja Tun Pikrama Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana)

I

Sultan Muhammad Abdul Jalil Jalaluddin Shah
Tengku Mahmud @ Raja Buang
"Marhum Mampura"
Sultan Siak Sri Indrapura (2), 1740-1760)

I

Tengku / Raja Kamat

I

Raja Abdul Qahar

I

Raja Halijah 
(K)
Tengku Busu

I

Raja Dagang Mahmud

I

Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin
"Orang Besar 16 Negeri Perak Darul Ridzuan"
(1864 - 26.11.1959)


YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang Mahmud b. Raja Halijah binti Raja Abdul Qahar bin Raja Kamat @ Tengku Kamat ibn Almarhum  Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mampura, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @Yang Dipertuan Raja Kechil Siak (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1718-1722 dan Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) dilahirkan sekitar tahun 1864. Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Perak sekitar tahun 1899 pada zaman pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Adzam Shah ibn Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar (Sultan Perak ke-28, Marhum Rahmatullah). Beliau dilantik untuk menjawat jawatan Orang Besar 16, Negeri Perak Darul Ridzuan dengan memakai gelaran Dato' Seri Bijaya Indera pada zaman DYMM Almarhum Sultan Iskandar Shah ibn Almarhum Sultan Idris Murshidul Adzam Shah (Sultan Perak ke-30, Marhum Kaddasallah) dan kemudian pada zaman DYMM Almarhum Sultan Sir Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah ibn Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Perak ke-31, Marhum Ni'matullah), gelaran beliau ditukarkan kepada Tok Seri Indera Jaya.

Beliau telah berkhidmat sebagai Penghulu di beberapa buah tempat, termasuklah sebagai Penghulu Batu Kurau (1908-1910) dan Penghulu Bagan Serai. Beliau berkahwin sebanyak dua kali, iaitu:

i. YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah ibn Tok Engku Daeng Perteh ibn Raja Muda Bone Petta Perangkawai (Petta Ponggawae) ibn Arung Palakka ibn Arung Bone(?-1938). Bonda kepada YM Raja Aishah berasal daripada Kerabat Diraja Siak Sri Inderapura iaitu YM Raja Banun bt. Raja Thith Hitam (Almarhum Sheikh al-Khairat Shah) bin Raja / Tengku Hussein ibn Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mampura Besar, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @Yang Dipertuan Raja Kechil (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1718-1722 dan Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) - . Beliau mangkat dan dimakamkan di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

ii. YM Raja Sa’adiah bt. Raja Mahadi (?-?). Menurut sumber lisan, beliau berasal dari Beruas, Perak Darul Ridzuan. Beliau mangkat dan dimakamkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang telah mangkat pada hari Khamis 26 November 1959 bersamaan 25 Jamadil Awwal 1379H, jam 12.23 pagi ketika berusia 95 tahun di Petaling Jaya, Selangor dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan umur beliau berdasarkan maklumat daripada batu nesan ternyata agak kurang tepat kerana umur beliau yang hampir tepat ialah 85 tahun. Hal ini bermakna beliau dilahirkan sekitar tahun 1874. Beliau dianugerahkan 10 orang anak iaitu 4 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan manakala 3 orang lagi tidak diketahui (bermungkinan meninggal dunia sejak kecil). Semua anaknya itu merupakan hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertamanya sahaja.


1. YM Raja Yong Arba’ayah bt. Raja Shahbudin “Chor @ Yan” (30 Julai 1903- 8 November 1976). Beliau berkahwin dengan YM Raja Kamaral Bahrain "Ami Wok" b. Raja Hj. Yahya b. Raja Syed Mohammad Ali b. Raja Alang Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) (1901-24 April 1965) yang pernah menjawat jawatan Asst. Inspector of Malay School di Tapah, Perak Darul Ridzuan. YM Raja Yong Arba’ayah mangkat di Ipoh pada tahun 1975 dan dikebumikan di Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau dan suaminya dianugerahkan 5 orang cahaya mata. Sila lihat carta salasilah 2.


2. YM Raja Hj. Yeop Shaharuddin b. Raja Shahbudin “Ayah Ngah” (1903-21.10.1966). Beliau pernah bertugas sebagai Settlement Officer di Kampar, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah berkahwin sebanyak 2 kali, iaitu:

i. YM Raja Halimah bt. Tok Muda Imam Paduka Tuan Raja Chik Abdul Hamid bin Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Yahya bin Raja Daud Shahid (Tengku Busu) ibn Tengku Besar Muda Raja Abdul Rahman ibn Almarhum Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mangkat di Balai, Sultan Siak Sri Inderapura III, memerintah 1760-1761 & 1779-1781) ibn Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Muzaffar Shah (Marhum Mampura Besar, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @ Yang Dipertuan Raja Kechil (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1717-1722; Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) . (1907-26 Oktober 1970)

ii. YM Engku Syarifah Hamidah @ “Raja Dah” bt. Raja Hj. Yahya bin Raja Syed Mohammad Ali b. Raja Alang Syed Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) . (1908-1989).

Beliau mangkat di Gunung Rapat, Ipoh pada 21 Oktober 1966 dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Beliau dianugerahkan 6 orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang pertama dan kedua.. Sila lihat carta salasilah 3.


3. YM Raja Lope Zainuddin b. Raja Shahbudin “Ayah Muda” (28.11.1910-21.04.1968). Beliau dilahirkan pada 28 November 1910 dan mendapat pendidikan di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau pernah menjadi Asst. Penghulu di Parit Buntar (16.11.1937-1.12.1939) dan Kuala Kurau (22.04.1940-1.12.1946). Selain itu, beliau kemudiannya dilantik pula menjadi penghulu di beberapa mukim di negeri Perak seperti Penghulu II Selinsing (1947-1951), Penghulu Kroh (1951-1953), Penghulu Chegar Galah, Kuala Kangsar (1953-1960) dan jawatan terakhirnya ialah Penghulu mukim Teja (01.01.1961-21.04.1968), daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:

i. YM Syarifah Alauyah bt. Syed Nong Mustafa b. Syed Abdullah al-‘Attas (1920?-1991) – Bercerai.

ii. Pn. Mek Halus. Beliau berasal dari Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan. Bercerai.

iii. [17 Julai 1946] Pn. Hjh. Puteh bt. Ahmad b. Abdullah @ Kee Hup Keong anak lelaki Kee Tek Kooi, J.P. anak lelaki Kee Lai Huat anak lelaki Kee Choe Imm (23 Julai 1925 - 10 September 2004)
Beliau mangkat di Hospital Batu Gajah dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan pada hari Ahad, 21 April 1968 bersamaan 22 Muharram 1388H. Beliau dianugerahkan 14 orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang pertama dan yang ketiga. Sila lihat carta salasilah 4.


4. YM Raja Mimi Arbiah bt. Raja Shahbudin “Raja Mimi” (1914-1944). Beliau dilahirkan pada tahun 1914. Beliau telah berkahwin dengan YM Raja Lope Shaharuddin b. Raja Mohamad b. Raja Ngah Kahar b. Raja Jaafar dari Langkat, Sumatera (1910 - 25 Januari 1965) pada 18 Mac 1935. Beliau mangkat dan dimakamkan di Chenderiang, Perak Darul Ridzuan pada tahun 1944 ketika melahirkan anaknya yang kelima. Beliau dianugerahkan 5 orang anak perempuan. Sila lihat carta salasilah 5.


5. YM Raja Teh Saodah bt. Raja Shahbudin (? -1936). Tidak diketahui tarikh lahirnya. Menurut maklumat lisan, beliau berkahwin dengan YM Raja Hj. Jaafar b. Raja ?, seorang guru sekolah Melayu. Beliau dipercayai mangkat pada tahun 1936 ketika melahirkan anak.

6. ( ?)

7. (?) TIDAK DIKETAHUI

8. (?)


9. Y. Bhg. M Tan Sri Dato’ Seri Dr. Raja Ahmad Noordin al-Haj b. Raja Shahbudin “Che Lan” PSM, DSMP, JSM, PJK. (11.06.1924-22.12.2008). Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1924 di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1936 hingga 1940 dan kemudiannya menyambung pengajian kedoktoran di King Edward VII School of Medicine di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1946 hingga 1956. Beliau juga merupakan doktor Melayu yang terawal di Malaysia. Jawatan tertinggi yang disandang olehnya ialah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1980. Beliau juga berkhidmat dengan WHO yang berpengkalan di Filipina daripada tahun 1980 hingga 1985 dan Pengerusi Eksekutif Koperasi Doktor Malaysia Berhad atau Malaysian Doctors Cooperative Limited. Beliau telah berkahwin dengan Y. Bhg. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah bt Hj. Abdul Wahab b. Hj. Abdul Hamid yang dilahirkan pada 15 Januari 1935 di York Hill, Singapura dan mereka berkahwin pada 28 November 1957. Beliau merupakan anak kedua kepada pasangan Hj. Abdul Wahab bin Hj. Abdul Hamid dan Hjh. Asmah bt. Hj. Hussien b. Abdul Ghani. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah pernah bertugas sebagai jururawat. Beliau mangkat pada 22 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429H di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 10.46 malam ketika berusia 84 tahun. Beliau disahkan mangkat oleh Dr. Wint Wint Thu Nyunt (Myanmar) yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Sarjana di hospital berkenaan. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara (A1511)* pada 23 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429H.


10. YM Raja Kamaruddin b. Raja Shahbudin “Che Din” (16.06.1928-12.08.2001). Beliau dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan pada 16 Jun 1928 dan pernah bertugas dengan Jabatan Penjara Malaysia. Beliau berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:

i. [14 Disember 1949] YM Raja Zaharah bt. Raja Abd. Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn YTM Opu Daeng Chelak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusilla, Luwuk, Sulawesi (1931-15 November 1990). Beliau merupakan anak kepada pasangan YM Raja Abd. Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn YTM Opu Daeng Chelak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusilla dengan YM Raja Yon Hasmah bt. Raja Mahadi b. Raja Omar b. Raja Ngah Makah  bin Tok Engku Daeng Perteh ibn Raja Muda Bone Petta Perangkawai (Petta Ponggawae) ibn Arung Palakka ibn Arung Bone – Bercerai.

ii. [27 Mac 1973] Pn. Robiayah bt. Shaik Kathee (14 Disember 1945). Bercerai.

iii. [15 Februari 1997] Pn. Haminah bt. Mohd. Nordin “Mak Jan” (18 Februari 1948)

Beliau mangkat di Taiping pada 12 Ogos 2001. Beliau dianugerahkan 11 orang cahaya mata melalui perkahwinan pertamanya sahaja.


20 Comments:

At November 13, 2009 at 8:59 PM , Blogger WarisRajaHajiFisabilillah said...

Salam..

 
At December 27, 2009 at 1:31 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalam kepada WarisRajaHajiFisabilillah

:)

 
At February 22, 2011 at 6:28 PM , Blogger Unknown said...

Salam

 
At January 22, 2012 at 10:23 AM , Blogger Museq Sakka said...

salam YM, tahniah kerana berjaya menelusuri salasilah galur keturunan keluarga dgn begitu sistematik.saya berasal dari sabah dan saya berbangsa bugis bone dan keluarga kami masih mengamalkan budaya dan tradisi bugis yg diwarisi sejak turun temurun.kami juga mempunyai hubungan langsung dengan keluarga2 dari bone,sulawesi selatan walaupun berbeza negara dan warganegara.saya juga berasal dari galur keturunan kerabat raja bone yg saya warisi dari ibubapa saya dan begitu juga isteri saya yg mempunyai perkaitan terus dengan moyangnya
raja bone,DYMM Puang Arung Palakka. untuk pengetahuan saudara, keluarga kami menggunakan beberapa panggilan dan gelaran seperti: 'andi' untuk kerabat yg belum berkahwin, 'petta' untuk kerabat yg sudah berkahwin.panggilan sapaan untuk kerabat yg lebih tua semasa pertuturan sesama keluarga adalah 'puang' bagi melambangkan keluhuran budi dan hormat. bangsa bugis sebenarnya terdiri dari pelbagai suku seperti bone, pinrang,wajo, bulu kumba dsb yg melambangkan dari mana asalnya mereka di tanah bugis. kepelbagaian suku ini berbeza loghat dan prosakatanya seperti bangsa melayu yg ada di semenanjung malaysia.bahasa pertuturan dalam keluarga kami adalah bahasa bugis yg masih kukuh diamalkan. dari segi tulisan bugis pula, ibubapa saya begitu mahir membaca dan menulis dlm bahasa bugis yg diajarkan secara lisan oleh datuk nenek saya.di sabah, bangsa bugis bertebaran di seluruh sabah dan menjadi bangsa dominan di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. dari segi ekonomi pula, ramai yg berniaga dan menguasai perladangan kelapa sawit khususnya di 3 daerah diatas. salam perkenalan dari saya petta museq petta taro..

 
At October 17, 2013 at 2:05 AM , Blogger cikguku said...

salam.. baru2 nie ayah ada bercerita tentang keturunan kami bermula cerita unyang saya iaitu Raja Daud bin Raja Ngah ( ayah pun tak tahu keturunan dari isteri Raja Ngah Ibrahim yang ke berapa ) Di khabar beliau beristeri 3.Adik beradik Unyang saya ada 4 orang iaitu Raja Mat, Raja Daud , Raja Endut dan Raja Hamidah. Persamaan cerita yang mengaitkan keturunan kami dengan Raja Ngah dengan Raja Ngah Ibrahim ialah cerita berkenaan raja Ngah kami merupakan pembesar yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch. Telah dibuang negeri dan keturunan kami dipaksa menyembunyikan nama sebenar dan segala identiti dirahsiakan agar tidak dibunuh oleh pihak British. Keturunan kami ada yang terpaksa menyamar sebagai orang kebanyakkan dengan membuang gelaran raja.Kami yakin bahawa Raja Ngah dari keturunan kami adalah Raja Ngah Ibrahim yang disebut-sebut. Raja Mat mempunyai 3 orang anak iaitu Raja Usman bin Raja Mat, Raja Abdul Rahman bin Raja Mat dan Raja Meliah bt Raja Mat. Raja Abdul Rahman bin Raja Mat akan tetap dijemput oleh Sultan ( semasa istana di Telok Anson )dalam semua majlis dan upacara pertabalan, tidak ketinggalan semasa upacara di Beting Beras Basah. Info : Untuk pertabalan, Pedang Kerajaan ( Cura Simanja Kini ) di celupkan di Kuala Sungai Perak dikawasan beting beras basah, maka berbunyi lah deringan menunjukkan sahnya raja tersebut adalah pewaris yang sah untuk menduduki tahta kerajaan sebagai Sultan Perak yang sah. Upacara ini adalah “wajib” dan tidak melakukannya maka tidaklah dianggap sah perlantikkan tersebut. Info ini dinyatakan untuk menunjukkan bahawa keturunan kami adalah yang terpenting dalam Kesultanan Perak tetapi telah terputus hububgan dan kami ingin kembali. Kepada sesiapa yang ingin membantu harap dapat hubungi saya Raja Khairuddin bin Raja Majid ditalian 014 5042235

 
At December 23, 2013 at 9:24 PM , Blogger abdul qoiyum said...

salam saya ada maklumat tentang waris sultan yahya marhum di dungun. waris ini ada bersangkutan dengan sultan johor yang ada sekarang. isteri sultan abu bakar ke-2 adalah dari keturunan kesultanan di riau. tengku mahmud adalah anak tiri sultan abu bakar. Keturunan tengku mahmud masih ada d melaka. hubungi saya 019-3604137

 
At December 23, 2013 at 9:36 PM , Blogger abdul qoiyum said...

engku shari ibnu engku jantan ibnu engku ibrahim ibnu engku mahmud ibnu engku jalil (mansur) ibnu sultan yahya ibnu sultan ismail ibnu sultan mahmud syah (Raja Buang Asmara)ibnu sultan abdul jalil rahmat syah (Raja Kechil) ibnu Sultan Mahmud Marhum Mangkat Dijulang. Salasilah ini adalah yang paling kanan. Engku shari ini tidak menggunakan gelaran tengku bermula dari ayahandanya iaitu Jantan kerana bagi menghilangkan identiti. asalnya Tengku Jantan. Engku shari merupakan waris kesultanan Melaka memandangkan kuat hubungan dengan Johor yang ada dan Kesultanan Siak.

 
At December 24, 2013 at 8:46 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Assalammualaikum En. Abdul Qoiyum

Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat tentang Waris Sultan Yahya (Marhum Mangkat di Dungun). Saya ingin bertanya mengapa Engku Shari tidak memakai gelaran "Tengku" kerana mahu menghilangkan identiti? Mohon penjelasan. Terima kasih

 
At October 28, 2015 at 3:55 PM , Blogger Unknown said...

Saya ada kemuskilan megenai seorg lelaki ni yg mengaku kerabat diraja Perak. Bagaimana nak dibuktikan

 
At October 28, 2015 at 11:10 PM , Blogger Unknown said...

Saya ada kemuskilan megenai seorg lelaki ni yg mengaku kerabat diraja Perak. Bagaimana nak dibuktikan

 
At March 10, 2016 at 3:33 AM , Blogger Unknown said...

Bleh saya tau salasailah lelaki yg mengaku kerabat diraja perak tu??

 
At March 10, 2016 at 3:33 AM , Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

 
At March 10, 2016 at 3:34 AM , Blogger Unknown said...

Bleh saya tau salasilah hdup lelaki yg mengaku kerabat diraja perak tu...

 
At April 12, 2016 at 9:54 PM , Blogger Unknown said...

Tengku Harun b. Hj Wahab b. Uda Bidin b. Pandak Jamal@abdulrrahman b. Raja Ismail Hitam..

salam...Adakah silsilah diatas ada hubungkait dengan kekeluargaan ini? mohon bertanya...

 
At August 13, 2016 at 8:31 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalammualaikum Raja Iskandar

Saya tidak pernah mengetahui salasilah ini. Saya kira salasilah ini juga ganjil kerana zuriat ini tidak memakai gelaran 'Raja' kecuali Raja Ismail Hitam sahaja...tiba-tiba timbul pula gelaran 'Tengku'.

Bagi saya, saya tidak menganggap salasilah di atas itu mempunyai hubungan dengan salasilah Raja Ismail Hitam.

Wallahu a'lam.

 
At October 29, 2016 at 11:05 PM , Blogger Saka Kinta said...

Asalamualaikum Raja Adley

T.kasih diatas respond yg diberikan. Mengikut dari kajian dan akal sy. Sy rasa Raja Ismail ini mungkin bersaudara dgn Uda Bidin iaitu dato panglima kinta ke 9.

 
At May 31, 2017 at 12:45 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalammualaikum Tuan Saka Kinta

Saya rasa kajian Tuan perlu diperhalusi lagi dan kita tidak boleh memberi andaian dari segi akal fikiran sahaja. Sesuatu maklumat salasilah semestinya dibuktikan dengan rekod atau catatan yang sahih. Apabila memperkatakan salasilah Sultan Ismail Perak, maka saya mempunyai rekod yang lengkap yang sudah pun dicatat sejak tahun 1880-an lagi. Setakat ini saya kira saya masih tidak nampak hubungan antara Raja Ismail Hitam dengan Uda Bidin seperti yg Tuan nyatakan itu.

Sekiranya Tuan punya bukti catatan...sila kemukakan dalam fb massage saya. Terima kasih

 
At August 9, 2017 at 11:47 PM , Blogger Unknown said...

Salam YM Raja Adley,

Kalau tidak keberatan, mohon YM senaraikan nama adik beradik Tok Seri Indera Jaya YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang Orang Besar 16 Negeri Perak Darul Ridzuan..... Ayah kepada ibu sahabat saya (@atuk beliau) dipercayai dari keturunan yg sama dengan YM.

Nama atuk beliau: Raja Mahmud Bin Raja Ahmad @isteri pertama Sharifah Rodziah Binti Syed Hamzah (nenek beliau)

*Bekas penghulu PARIT, Perak

*Juga pernah menjadi penghulu beberapa tempat lain yg tidak pasti dimana.

Terima kasih.

MUAZ

 
At November 22, 2017 at 10:45 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalam Saudara Ahmad Albab Muaz

Terima kasih kerana sudi menghubungi saya. Untuk pengetahuan saudara saya memang mengenali keluarga Allahyarham Raja Mahmud bin Raja Ahmad, mantan Penghulu Parit.

Saya memang mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga adik kepada Penghulu Raja Mahmud yang bernama Engku Ayah Raja Hussein bin Raja Ahmad yang menetap di Kg. Kota, Beruas.

Walau bagaimanapun, saya masih kurang jelas berkenaan asal-usul Raja Ahmad itu. Walau bagaimanapun, keluarga mereka mempunyai kaitan dengan Kerabat Diraja Perak dan Langkat

Wallahu a'lam

 
At June 22, 2019 at 4:28 PM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Assalammualaikum saudara Muaz

Seperti yang Tuan duga itu sememangnya benar...Raja Mahmud bin Raja Ahmad bin Raja Ngah Abdullah (mantan Penghulu Parit) itu merupakan cucunda saudara kepada YM Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin bin Raja Dagang Mahmud.

Senarai adik-beradik kepada YM Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin bin Raja Dagang adalah seperti berikut:

1. Raja Dagang Mahmud bin Tengku Busu (K) Wanita ?

a. Raja Long.

b. Raja Ngah Abdullah - datuk kepada Raja Mahmud bin Raja Ahmad.

c. Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin.


2. Raja Dagang Mahmud bin Tengku Busu (K) Raja Salamah binti Tengku Panglima Besar Raja Ngah Abdul Jalil bin Raja Alang Simbuk (Siak):

a. Raja Teh.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home