Monday, May 4, 2009

Penemuan Terbaru Salasilah YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah

Baru-baru ini (15 Januari 2009), saya dan ayahanda saya telah berkesempatan mengunjungi YM Raja Ali bin Raja Amran (keturunan DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I "Marhum Durian Sebatang" yang memerintah negeri Perak pada tahun 1851-1857), seorang pakar rujuk Salasilah Diraja Perak di kediamannya di Persiaran Raja Bendahara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Pertemuan itu turut dihadiri oleh YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof (keturunan Diraja Bugis Riau) dan juga YM Raja Azmir (keturunan DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II "Marhum Habibullah" yang memerintah negeri Perak pada 1874-1877).

Dalam pertemuan tersebut, kami telah berbincang tentang banyak perkara berkenaan keluarga saya, khususnya tentang almarhum moyang saya, YM Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin bin Raja Dagang serta tentang isteri beliau, almarhumah YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah. Perbincangan selama beberapa jam tersebut membuahkan hasil yang positif. Akhirnya baharulah saya mengetahui bahawa saya ini juga mempunyai kaitan dengan Kerabat Diraja Negeri Siak Sri Inderapura dan juga Kerabat Diraja Bugis Bone dari Sulawesi Selatan melalui moyang perempuan, YM Raja Aishah bt. Raja Makah. Keluarga moyang perempuanku ini berasal daripada sebuah keluarga yang besar dan mempunyai hubungan persemendaan dengan keluarga yang bangsawan Perak yang lain.

Daripada pertemuan ini, saya juga telah berkesempatan untuk bertemu dengan saudara mara yang tak pernah saya temui sebelum ini. Saya telah berkesempatan menemui YM Raja YM Ahmad Kamar bin Raja Adenan (bapa saudara dua pupu ayahanda saya), YM Raja Nor Uyun bt. Raja Adenan (ibu saudara dua pupu), YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof (abang saudara tiga pupu), YM Raja Idris bin Raja Musa (bapa saudara dua pupu), dan YM Raja Ahmad Marzuki b. Raja Zainal Abidin (bapa saudara dua pupu). Alhamdulillah, hubungan kami sangat erat dan mesra padahal kami sebelum ini langsung tidak pernah bertemu. Selain itu, saya juga turut menghubungi saudara tiga pupu seperti YM Raja Zarina bt. Raja Ahmad Kamar dan YM Raja Zulkifli bin Raja Ahmad Kamar.

Proses pencarian salasilah keluarga saya di Bukit Chanda, Kuala Kangsar benar-benar mendatangkan hasil yang positif. Saya amat terhutang budi kepada YM Raja Ali bin Raja Amran dan YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof kerana banyak membantu saya dalam menulis salasilah keluarga kami. Mereka juga sanggup meluangkan waktu untuk menemani saya ke Ipoh dan ke Beruas semata-mata untuk mencari saudara mara di sana. Berkat pertolongan mereka itu membolehkan saya dan ayahanda saya menemui YM Raja Khatijah bt. Raja Mahmud dan keluarga serta YM Raja Hussein sekeluarga. Selain itu, mereka juga banyak meminjamkan saya salasilah yang ditulis oleh mereka berdua dan saya kira maklumat yang diberikan itu semestinya amat berharga.

Jasa YM Raja Ahmad Kamar bin Raja Adenan juga tidak saya lupakan. Beliau telah meminjamkan saya sekeping salasilah keturunan YM Tok Engku Daeng Peratis kepada saya untuk disalin semula. Penemuan maklumat salasilah terbaru ini pada saya amatlah berbaloi dengan usaha saya yang tidak mengenal erti jemu. Peluang untuk bertemu dengan ramai orang ini sekali gus memberi pendedahan kepada saya cara untuk kita berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. Di samping itu, kita akan dapat menyambung hubungan tali silaturahim antara kaum kerabatyang sudah lama terputus.

Saya berdoa agar selepas ini saya bertemu juga dengan salasilah nenek moyang saya sebelah lelaki pula, Insya-Allah...........

22 Comments:

At May 5, 2009 at 11:11 PM , Blogger Bunga said...

asalamualaikum sahabatku yang ada di sana. saya terkesan dan saya merasa bangga dengan anda.

 
At May 9, 2009 at 1:02 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalam Bunga

Apa khabar? Saya sebenarnya ingin mencari contact person di Siak, Sumatera kerana saya ingin mencari susur galur keluarga saya di sana. Hal ini kerana leluhur saya juga berasal dari Siak. Justeru, bila ada contact person di Siak, maka bisa saya datang ke sana nanti, Insya-Allah

 
At July 1, 2010 at 9:38 AM , Blogger Unknown said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At October 20, 2010 at 5:46 AM , Blogger maza said...

RAP...teruskan usaha kau ini.. pastinya berbaloi kelak dan amat berguna pada generasi2 akan datang...

aku tumpang bahagia sahaja lorr..
hahhhaa

 
At November 19, 2010 at 7:58 PM , Blogger kasih said...

saya pun sedang mencari salasilah keluarga..opah saya raja hindun binti raja jamaluddin(perak) disebabkan beliau berkahwin dengan rakyat biase, title raja secara automatik hilang..tapi dua pupu saya masih lagi ade title megat..anak raja jamaluddin(moyang) semua perempuan..kire opah sedara ade yg berkahwin dengan seketurunan..mmg best bile dapat cari salasilah kite,,..

 
At November 23, 2010 at 7:27 AM , Anonymous Anonymous said...

erm,nk ty. .
raja dagang ad ank len x slain raja shahbuddin. .??
sy pown nga cry salasilah. .

 
At February 1, 2012 at 3:40 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

This comment has been removed by the author.

 
At May 1, 2013 at 10:40 PM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Saya tidak pasti sama ada Raja Shahbudin mempunyai saudara lain atau tidak. Apa yang pasti ayahandanya Raja Dagang memang mempunyai saudara lain sama ada yang berlainan ibu atau satu ibu

 
At September 16, 2013 at 4:18 PM , Blogger Unknown said...

assalam..aaya mencari ibu kandung yg bernama Raja Fauziah..cuma x pasti nama bapanya sama ada Raja Habibuddin atau Raja Shahrom atau Raja Sulaiman..saya dah email.aaudara ttg maklumat diri saya ya..harap dpt respon dr encik nnt ya..

 
At December 24, 2013 at 4:00 AM , Blogger Unknown said...

Kalau ada info anak2 Sultan Iskandar Zulkarnain Sultan Perak ke15 dan anak2 Sultan Mahmud Syah Sultan Perak ke 16 .Saya mencari keturunan moyang yg dari Indera Mulia (Pasir Pulai) ,Pulau Besar.Kg Gajah.Email saya ye terima kasih tengku.

 
At January 24, 2014 at 9:22 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalam Farah Othman - saya mohon berbanyak maaf, saya tidak mempunyai / mengetahui susur galur ibu kandung Cik

 
At January 24, 2014 at 9:26 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

MAT PERAK

Boleh tak En. Mat Perak berkongsi maklumat tentang susur galur keluarga En. Mat Perak? Sila nyatakan nama bapa, datuk, nenek moyang hingga ke atas. Saya memang mempunyai informasi tentang zuriat Sultan Iskandar Zulkarnain Inayat Shah (Sultan Perak ke-15, Marhum Kaharullah) dan Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke-16, Marhum Muda). Walau bagaimanapun, maklumat tersebut amat sulit dan saya hanya akan nyatakan maklumat tersebut kepada zuriatnya yang sebenar / sah sahaja. Harap maklum.

Terima kasih

 
At May 28, 2014 at 7:47 PM , Blogger natrah said...

Salam...

Saya berminat untuk mengetahui sulur galur keturunan sebelah bapa saya..nama arwah datuk saya Haji Mohd Salim bin Mohd Amin..beliau merupakan seorang DO yg berkhidmat di Lumut,Perak....saya tidak mempunyai bnyk maklumat berkenaan keluarga beliau...hanya mendengar cerita dari nenek sy (sebelah ayah)...

 
At July 16, 2015 at 7:31 AM , Blogger Unknown said...

Salam...saya berminat untuk mengetahui mengenai moyang saya ngah abdul rahman yg menetap di daerah pulau tiga perak yg dikatakan oleh ibu saya sering dijemput ke majlis pertabalan sultan di istana teluk anson pd masa dahulu....sekian

 
At May 9, 2016 at 8:27 PM , Blogger m.nasir said...

Wslm yusnita,nk tanye..ngah abd.rahman(pandak abd rahman/tok rejab ke...klu dia yg di maksudknbblh sms sy 019-2979249

 
At May 31, 2017 at 12:25 AM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Assalammualaikum Pn. Yusnita Yusoff.

Mohon maaf saya tidak ada maklumat seperti yang Puan minta itu. Terima kasih.

 
At June 22, 2017 at 12:08 PM , Blogger Persatuan Arked Mara Kajang said...

Assalamualaikum wbt. Terlebih dahulu sy mohon maaf jika mencelah. Almaklum sy berasal Kg Pengkalan Pegoh, Perak. Terbaca di satu blog;
YM Raja Yong Arba'ayah bt. Raja Shahbuddin "Yan" (1902-1975). Beliau dimakamkan di Pengkalan Pegoh, Perak.
Ada makam arwah YM Raja rupanya. Berminat utk berkongsi sejarah dgn anda semua yg sy muliakan. InShaaAllah. PM 0162546970 Shaiful Nazli bin Hamdan

 
At February 3, 2018 at 9:11 PM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Tn. Shaiful Nazli bin Hamdan

Untuk pengetahuan Tuan, Pengkalan Pegoh dulu merupakan tempat bersemayamnya Sultan Ismail Perak suatu ketika dahulu

 
At September 20, 2018 at 5:25 PM , Blogger Unknown said...

Salam.berkenalan. nama saya Raja Norman bin Raja Uda Al-Khalidy bin Raja Yeop Shahabudin Al-Khalidy bin Raja Shahbudin ....
Dalam salasiah kamu ada tertulis yang nama Bapa saya sebagai Raja Zainal Uda. Mengikut cerita arwah dengan saya dulu nama asal beliau adalah Raja Zainal Abidin. Dan Uda itu adalah nama timangan beliau sebab anak termuda. Beliau telah menukar namanya menjadi Raja Uda disebabkan lebih dikenali sebagai Uda. Wallahua'lam.


 
At September 2, 2019 at 11:06 AM , Blogger Persatuan Arked Mara Kajang said...

Terima kasih. Ada juga saya terbaca sejarah tersebut. Kalau boleh sejarah tersebut dikongsi bersama penduduk Kg Pengkalan Pegoh ygmana ramai tidak mengetahuinya. Harap maklum.

 
At April 26, 2020 at 8:45 PM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Wassalammualaikum Engku Abang Raja Norman bin Raja Uda al-Khalidy.

Salam perkenalan. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menulis dalam blog saya mengenai nama sebenar arwah Ayah Uda. Saya dengan Abang Engku Raja Norman bukan orang lain. Kita berpangkat saudara 2 pupu.

Tumpang tanya Abang Engku Raja Norman ada facebook tak? Boleh kita berhubung.

 
At April 26, 2020 at 8:49 PM , Blogger Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin said...

Facebook saya - Raja Adley Paris

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home